Lingkaran panorama kehidupan membuatkan kita terus hanyut dalam arus permodenan yang semakin gah dalam era transisi kini. Namun, mujur ada yang sedar lalu melajak kembali arus tersebut. Kehalusan seni kini tidak tampak lagi jalinan-jalinan kehalusannya bahkan makin pudar dek panas dalam mengejar ilmu sains dan teknologi. Tidak salah kita mengejar kemajuan kerana kita tidak boleh hidup dalam dunia yang ketinggalan tetapi adakah kemajuan itu digunakan sepenuhnya oleh kita.
Kealpaan kita terhadap asal-usul kita sendiri boleh menjerat kita ke arah kehancuran budaya asli yang sememangnya menjadi 'ruji' nenek
moyang kita terdahulu. Berbalik kepada topik yang saya ingin kongsikan bersama anda semua di sini. Pada bulan Oktober 2010 PPISMP semester satu Institut Perguruan Kampus Rajang telah membuat satu produksi seni yang dinamakan Malam Kebudayaan PPISMP semester satu.Persembahan kebudayaan ini diadakan bertujuan sebagai salah satu cara kami menunjukkan apa yang telah kami pelajari dan menghasilkan satu tarian yang merupakan salah satu seni yang terkemuka
di dunia. Saya selaku pengerusi persatuan tersebut amat terharu dan bangga atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli Persatuan Seni Budaya.Walaupun, persatuan ini terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum namun semuanya bagaikan satu keluarga. Perkara ini merupakansatu perkara yang ajaib. Objektif produksi ini tidak lain tidak bukan yang bertunjangkan menyemarakkan rasa cintakan seni dan kebudayaan. Selain itu, produksi ini juga bertujuan merapatkan lagi jurang antara kaum..Siapa kata manusia tidak boleh berada dalam satu keluarga..Inilah yang menarik tentang kampus Rajang ini..IPG KAMPUS RAJANG tetap di hati...


No comments:
Post a Comment